CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday 24 October 2011

KEK KEJU



Bahan bahan :

250 gm krim cheese (jenama Philadelphia)
1 cawan gula halus
3 bj telur
3 sudu besar  tepung gandum
1sudu teh esen vanila
1 cup plain yogurt
1 cawan Biskut tiger/biskut merry yang dihancurkan
3 sudu besar mentega
jem blueberry

Cara -cara
1. Pukul krim cheese dengan gula dan plain yogurt sampai gebu
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi, masukkan esen vanila
3. Masukkan tepung tadi dan pukul lagi.

 kerak/crust

Cairkan mentega dan bila sejuk sikit, gaul dengan biskut tiger/ biskut merry hingga boleh kepal.
Padatkan dalam acuan dan simpan dalam peti sejuk lebih kurang 5-10 minit.
Keluarkan dan tuang aduan cheese  tadi.

Untuk bakar:

Bakar dengan cara waterbath iaitu tuang air panas dalam satu bekas, letak acuan yang ada cheese tadi dalam bekas berisi air dan bakar selama 50- 60 minit.

Tip: nak elak bahagian kek merekah, tutup atas kek tu dengan aluminum foil.
Bila dah siap, simpan dalam peti sejuk, cheese kek ni sedap dimakan sejuk2. Hiaskan dengan toping blueberry jem tadi.










0 comments:

Post a Comment