CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday 24 October 2011

SUSHI


Bahan-Bahan:
3 1/3 cawan beras jepun (khas utk sushi)
4 cawan air
5 sudu besar cuka beras
5 sudu besar gula
1 sudu kecil garam

Cara:
Basuh beras dan masak dengan sukatan air yg diberikan.
Campurkan cuka, garam dan gula di dalam periuk kecil. Panaskan (low heat) dan gaulkan sehingga larut. Alihkan dari api dan paksa sejuk dengan meletakkan periuk di dalam campuran air dan ice.
Nasi yang masih panas diletakkan di bahagikan rata di atas dulang plastik/wooden choopingboard dan digaulkan dengan sebatian cuka sehingga rata keseluruhan dengan menggunakan senduk kayu (utk mengelakkan tindak balas cuka terhadap metal/besi). Pada masa yg sama, gunakan kipas untuk menyejukkan nasi.




SUP CENDAWAN



Bahan-Bahan:
6 keping Cendawan (dihiris)
5 biji bawang kecil (dihiris)
2 biji bawang merah (dihiris)
½ inci halia (dihiris)         
1 camca besar lada sulah
1 camca besar tepung jagung
Sedikit garam
Minyak masak untuk menumis

Cara:
Panaskan minyak, tumis bawang kecil,halia & bawang putih. Masukkan lada sulah & masak hingga garing, baru masukkan air.Apabila mendidih masukkan cendawan.Kemudian masukkan sedikit garam & rasa.Apabila hendak diangkat masukkan tepung jagung yang di bancuh bersana air.



JUS EPAL HIJAU


Bahan2
1 biji epal hijau
* 1 camca besar gula
* 1/4 cawan susu pekat manis
* Sedikit air dan ais

Cara-cara

1. Kupas buah epal. Buangkan kulit dan bijinya. Belah kecil supaya mudah dikisar.
2. Masukkan buah epal tadi ke dalam mesin pengisar bersama dengan bahan-bahan lain. Kisar sehingga hancur.
3. Tuangkan ke dalam gelas dan sedia diminum. (Jika ingin kurangkan rasa manis, tak perlu tambahkan gula).


CHOCOLATE MILK SHAKE


Bahan-bahan :
50 gram coklat masakan yang dihiris halus
250 ml susu
2 skop aiskrim berperisa coklat

Cara menyediakannya :
Masukkan coklat masakan yang telah dihiris halus ke dalam pengisar.
Masukkan susu dan kisar sehingga sebati
Masukkan aiskrim berperisa coklat kedalam pengisar dan kisar lagi hingga adunan sebati.
Masukkan ke dalam gelas.
Sedia untuk dihidang.


TELUR GULUNG


Bahan2
6 biji telur ayam,
- 300 gm isi daging ayam,
- 2 sudu besar sayuran (seperti carot, kacang hijau pea, jagong yang boleh didapati
di kebanyakan pasaraya),
- 3 biji bawang merah } tumbuk atau blender
- 1 biji bawang putih }
- 1 sudu besar tepung jagung,
1 biji lada merah - dihiris
- sedikit lada sulah,
- sedikit daun bawang - dihiris halus,
- perasa dan garam secukupnya.

Cara-caranya:-

1. Pecahkan telur, masukkan lada sulah dan garam secukup rasa. Pukul hingga kembang dan bahagi kepada 2 bahagian. Goreng telur seperti telur dadar dengan membiarkan di sebelah atas separuh masak.

2. Kisar isi ayam. Uli, masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit. Baling2 isi ayam dalam bekas untuk memampatkannya. Masukkan sayuran, lada merah, daun bawang, perasa dan garam. Bahagikan adunan ini kepada 2 bahagian.

3. Panaskan microwave atau oven dengan suhu tinggi selama 6 minit. Letakkan adunan di atas bahagian separuh masak telur dadar dan gulung.

4. Masukkan kedua-dua telur gulung yang telah siap ke dalam microwave dengan suhu sederhana selama 15 minit.

5. Keluarkan adunan dan balikkan. Tutup adunan dengan plastik tahan gelombang dan masak lagi selama 5 minit dengan suhu sederhana.

6. Hidang bersama sos cili atau air asam.




ROTI GULUNG BERINTI



Bahan-Bahan:

3 camca besar minyak masak
3 biji bawang merah (dikisar halus)
2 ulas bawang putih (dikisar halus)
300 gm isi ayam (didadu kecil)
2 camca teh pati rebusan ayam (dilarutkan dengan 2 camca teh air panas)
50 gm cendawan
1 biji lobak merah (diparut)
2 batang kacang panjang (dihiris kecil)
150 gm kacang (gajus, walnut dan hazel - dikisar kasar)
Garam
Serbuk lada putih
20 keping roti
Putih telur
100 gm serbuk roti
Minyak masak

Cara:

Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tumis bawang merah bersama bawang putih hingg ia garing. Masukkan isi ayam, biar ia sebentar. Masukkan pati rebusan ayam, biar ia sebentar. Kemudian masukkan cendawan bersama lobak merah, kacang panjang, kacang, garam dan serbuk lada putih. Kacau hingga sebati dan masak. Angkat. Potong kulit roti. Golek roti dengan penggelek supaya ia rata. Bubuh sedikit inti ditengahnya. Lekatkan kedua-dua hujungnya dengan menyapu sedikit putih telur. Buat hingga habis roti dan inti. Celup gulungan roti di dalam putih telur. Kemudian golek ia di dalam serbuk roti. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Goreng roti hingga ia garing. Angkat dan hidangkan.



KEK KEJU



Bahan bahan :

250 gm krim cheese (jenama Philadelphia)
1 cawan gula halus
3 bj telur
3 sudu besar  tepung gandum
1sudu teh esen vanila
1 cup plain yogurt
1 cawan Biskut tiger/biskut merry yang dihancurkan
3 sudu besar mentega
jem blueberry

Cara -cara
1. Pukul krim cheese dengan gula dan plain yogurt sampai gebu
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi, masukkan esen vanila
3. Masukkan tepung tadi dan pukul lagi.

 kerak/crust

Cairkan mentega dan bila sejuk sikit, gaul dengan biskut tiger/ biskut merry hingga boleh kepal.
Padatkan dalam acuan dan simpan dalam peti sejuk lebih kurang 5-10 minit.
Keluarkan dan tuang aduan cheese  tadi.

Untuk bakar:

Bakar dengan cara waterbath iaitu tuang air panas dalam satu bekas, letak acuan yang ada cheese tadi dalam bekas berisi air dan bakar selama 50- 60 minit.

Tip: nak elak bahagian kek merekah, tutup atas kek tu dengan aluminum foil.
Bila dah siap, simpan dalam peti sejuk, cheese kek ni sedap dimakan sejuk2. Hiaskan dengan toping blueberry jem tadi.










WAFFLE


Bahan2

1 ¾ cawan tepung gandum
3 camca kecil serbuk penaik
½ camca kecil garam
1 ½ cawan susu segar
2 biji kuning telur
2 camca besar mentega, dicairkan & biar sejuk
2 biji putih telur, dipukul kental -pastikan bila terbalikkan mangkuk, ia tidak mengalir

Cara membuat:

1. Ayak 3 bahan pertama.
2. Campurkan susu, kuning telur dan mentega dlm mangkuk kecil.
3. Masukkan ke dalam bahan kering sambil dipukul sebati.
4. Bubuh putih telur perlahan-lahan hingga rata.
5. Lengser acuan waffle dan masak seperti biasa
6. Setelah masak sapukan perasa  koko, strawberi dan lain lain ikut cita rasa.



Pancake



Bahan-bahan

1 cawan (130gm) tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
2 sudu besar gula
1 biji telur dipukul ringan
1 cawan(240ml) susu (susu segar/susu sejat)
2 sudu besar mentega-dicairkan

Cara-cara

Dalam bekas besar, campurkan sekali tepung gandum, baking powder dan gula. Dalam bekas yang lainpukul telur, susu dan mentega dan telah dicairkan. Campuran campuran telur ke dalam campuran tepung perlahan-lahan dan kacau sebati. Pastikan jangan terlebih kacau supaya adunan tidak menjadi keras/liat.

Panaskan Non Stick Pan, bila Pan dah panas, perlahan sedikit api, kaupkan adunan tadi ke atas pan, jarak-jarakkan adunan supaya adunan tak melekat satu sama lain, terbalikkan pancake apabila gemlembung-gelembung buih keluar dibahagian atas pancake dan bahagian bawah sudah masak dan berwarna perang






Donut Chubby



BAHAN-BAHAN

3 1/2 sudu kecil yis segera (instant dry yeast)
1/4 cawan air suam
1 1/2 cawan susu segar, pada suhu bilik ATAU dipanaskan sedikit
1/2 cawan gula halus
1 sudu kecil garam
2 biji telur
1/3 cawan shortening/butter
5 cawan tepung gandum
Minyak untuk menggoreng

CARA MEMBUATNYA

Masukkan air suam dan yis ke dalam mangkuk yang besar (mixing bowl), biar 5 minit atau sehingga berbuih.
Masukkan susu, gula, garam, telur, shortening/butter dan 2 cawan tepung. Gaulkan sehingga sebati. Masukkan lagi tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Uli doh sehingga permukaan ia jadi licin dan tidak melekat pada tangan.
Tutup mangkuk dengan kain lembab atau plastic wrap dan biarkan pada suhu bilik sehingga naik dua kali ganda. Bagi yg ada breadmaker, boleh sediakan doh dlm bread maker macam buat roti.
Taburkan sedikit tepung di atas papan canai, canaikan doh tadi kepada ketebalan 1/2 inci. Potong 'donut' dengan donut cutter. Bagi yg takde dunut cutter (macam sy), bahagikan doh kepada 18 bahagian yg seimbang. Bulatkan doh, buat lobang ditengah-tengah degan jari.
Tutup donut dengan kain kering dan rehat selama 30 minit atau sehingga naik dua kali ganda.
Panaskan minyak. Goreng donut dengan api kecil atau sederhana sehingga perang keemasan. Jangan guna api besar, nanti doh kat dalam tak masak.
Toskan minyak. Salut dengan icing semasa donut itu masih panas






Puding Caramel


Bahan Bahan

1 tin air
5 biji telor
3/4 cawan gula halus
1 t/s esen vanilla
Utk Karamel :
1/2 cawan gula
*Sedikit air

Cara Cara

Masak gula dalam kuali sehingga cair dan bertukar ke warna coklat (jgn.bagi hangus) kemudian masukkan air dan kacau sehingga gula cair semula. Tuang ke dalam bekas kaca yang hendak digunakan. Panaskan kukusan dan masukkan bekas yang telah diisikan dengan gula hangus. Pukulkan telor + gula + esen vanilla (supaya gula hancur). Jangan pukul dengan kuat atau sehingga telor berbuih sebab nanti puding akan berlubang lubang. Lastly tuangkan susu dan air dan kacau bagi sebati. Tuang dalam bekas kaca yang ada dalam kukusan. Kukus dalam 20 - 30min. Sejukkan dan kalau suka tuangkan mix fruit cocktail diatasnya. Sesiapa yang ada diabetic @ tak suka manis, boleh kurangkan gula dalam adunan sebab bila dah tuang fruit cocktail, air gula yang ada akan menambah rasa manisnya



Cupcake Coklat



Bahan-bahan

18 - 20 papercups medium size
 300g tepung
350g gula
½ cawan serbuk koko
1½ sdk soda bikarbonat
½ cawan butter
2 sdk esen vanilla
1 ½ cwn susu segar
* 2 biji telur

Cara-cara

Panaskan oven 180C. Campurkan ke semua bahan (kecuali *) dalam bekas mixer. Pukul dengan kelajuan rendah hanya untuk bg campuran itu sebati. Kemudian pukul dgn kelajuan tinggi lebih kurang selama 2minit. Lepas itu tambah telur dan pukul lg dgn kelajuan tinggi selama 2minit lagi.
Sudukan adunan dalam papercups. Kalau nk cupcakes yang rendah, letak tak sampai ¾ tinggi cups.. Bakar selama ±20min gitu atau hgga masak. Suhu oven guna 170C.
Bila dah masak boleh diletak topping kalau suka. Topping: ¼ cwn susu pekat + ¼ cwn serbuk koko + ¼ buku butter. Masukkan smua dlm periuk, panaskn atas api & terus kacau, sekejap aje iaitu bila dah bercampur smua & beku sket trus angkat and sapukan atas cupcake yg telah sejuk. Hias ikut citarasa masing2.






Aiskrim Oreo




Bahan Bahan

2 mug susu segar (rendah lemak)
2 mug coffee mate
4 sudu gula
3 sudu essen vanilla
2-3 keping biskut oreo

Cara-cara

1.      Masukkan susu segar bersama coffee mate kedalam mixer/blender dan putar
2.      Masukan gula & essen vanilla
3.      Tuangkan kedalam bekas dan masukkan kedalam peti sejuk beku selama 3-4 jam
4.      Apabila aiskrim hampir keras, keluarkan dan putarkan sekali lagi kedalam mixer/blender untuk memperbaiki tekstur aiskrim.

5.      Taburkan biskut oreo yang di pecah2 kedalam pengadun dan putarkan sebentar.
6.      Masukkan semula bahan adunan kedalam bekas dan simpan dalam peti sejuk beku.
7.      Aiskrim sedia di hidang selepas 5-6 jam.
8.      Taburkan bahan yang si sukai dan sedia untuk di hidang!